Monday, May 2, 2011

Me and my beloved mother .

                                       edit by : Nursyasya Sabrina Yasmin Binti Mohd Rizam .

Happy Mother's Day :)

(SUISWATEE BINTI ISMAIL)
Mom ,
Your arms were always open when I needed a hug
Your heart understood when I needed a friend
Your gentle eyes were stem when I needed a lesson
Your strength and love guided me and gave me the wings to help me soar ...
Thank you

Mom ,
I don't tell you this often enough , but I really love you .
You're such an important person in my life , and I appreciate all that you do for me .
Thanks for all the sacrifices you've made .
Please know that they don't go unnoticed .

                               HAPPY MOTHER'S DAY .

Sunday, May 1, 2011

ciri lelaki ini Sabrina suka :)

Lelaki idaman saya adalah...
Seorang lelaki yang beriman...
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah...
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam...
Yang sentiasa haus dengan ilmu...
Yang sentiasa dahaga akan pahala...
Yang solatnya adalah maruah dirinya...
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar...
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu...
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang menjaga tuturkatanya...
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya...
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya...
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang...
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang menghormati ibunya...
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga...
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam...
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan...
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat...


Lelaki idaman saya...
Sentiasa bersedia untuk menjadi imam...
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah...
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara...
Yang menjaga matanya dari berbelanja...
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya...

Lelaki idaman saya...
Tidak pernah membazirkan masa...
Matanya kepenatan kerana penat membaca...
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir...
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan...
Bangunnya subuh penuh kecergasan...
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan...

Lelaki idaman saya...
Sentiasa mengingati mati...
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat...
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga...
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik...
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian...

Lelaki idaman saya adalah...
Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia...
Kerana dia mengimpikan syurga...
Di situlah rumah idamannya...
Dan dia ingin membawa saya bersama...
Dialah lelaki idaman saya...

Friday, April 22, 2011

my heart just for you :)

                                              Assalaimualaikum .

Sunday, April 3, 2011

gembira walaupun sebaliknya

                                                         Assalammualaikum..

hari ini Sabrina sangat happy lah .
lain daripada yang lain .
tak tahu kenapa .

Friday, April 1, 2011

masa kecil :)

                                               Assalaimualaikum..

                                              Sabrina yang comel .

Monday, March 28, 2011

thanks a lot :)

                                                                 Assalaimualaikum..

                                                  thanks a lot to KAK AMALINA .

Thursday, March 24, 2011

adik yang comel :)

                                        Assalaikualaikum..

Wednesday, March 23, 2011

kesihatan tak mengizinkan

Assalaimualaikum...
Sejak beberapa hari ini , kesihatan Sabrina tak mengizinkan Sabrina untuk datang ke sekolah .
Sabrina teringin sangat nak jumpa dengan kawan-kawan Sabrina kat kelas 2Amal .
Rindu gila dengan diorang semua .
Esok dapat m.c. lagi .
So,esok tak boleh sekolah lagi .
Hari Jumaat baru boleh sekolah balik .
Sabrina dah berniat yang Sabrina takkan ponteng sekolah tanpa sebab .
Sabrina tahu ponteng sekolah tidak membawa apa-apa faedah pun .
Hanya merugikan diri sendiri sahaja .
INGAT TU!~!!!!

Gadis Melayu :)

Siapa bilang gadis melayu tak menawan ,
Tak menarik hati ,
Tiada memikat ,
Kalaulah memang tak mungkin aku tertarik ,
Kalaulah sungguh tak mungkin aku kan jatuh .

Aduhai...
Lemah lembut gayanya ,
Serta manis senyumnya ,
Hitam pekat rambutnya ,
Ayuh ambil si dia .

Di antara gadis-gadis seluruh dunia ,
Tiada yang sehalus-mulus oh setulus dia ,
Di antara gadis-gadis seluruh dunia ,
Tiada yang sehalus-mulus oh setulus dia ,
Budi bahasanya ,
Pandangan matanya ,
Sentuhan jiwanya membuatkan ku terlena .

* Lagu ini Sabrina tujukan khas kepada lelaki-lelaki yang berada di luar sana .
   Lagu ini sama je macam Sabrina .
   Bak kata orang , Sabrina ni kiranya gadis melayu terakhir la .
   Pergi mana-mana je mesti naik basikal .
   Sabrina rasa lagi selamat kalau naik basikal .
   Tak adalah berlaku kemalangan .
    INGAT!!!!!

Tuesday, March 22, 2011

jadi juga blog aku :)

          Assalaimualaikum...
Alhamdulillah , blog Sabrina yang sebelum ini yang agak berserabut telah siap di ubahsuai .
Thanks a lot to KAK AMALINA yang sudi membantu Sabrina mengubah suaikan blog Sabrina ini .
Sabrina akan mengenang jasa yang akak berikan kepada Sabrina sampai bila-bila .
Thanks sangat-sangat Sabrina ucapkan .
Sabrina sayang akak sampai bila-bila .

Jadi juga blog Sabrina yang baru ini .
Nampak kelainan kan blog Sabrina yang sekarang ini dengan yang lama .
Jangan lupa untuk FOLLOW-FOLLOW blog Sabrina ini taw .
Yang telah lama follow blog Sabrina ini , terima kasih Sabrina ucapkan .
Thanks you all .

Friday, March 11, 2011

hadiah hari jadi umie :)

           Assalaimualaikum..:)
           Pada 8.03.2011 , telah tibanya hari yang paling umie happy iaitu hari lahir umie . Pada mulanya , Sabrina dengan adik-beradik Sabrina dah tak tahu dah nak bagi hadiah apa kat umie Sabrina . So,kami berpakat hendak beri sebuah kek strawberi kat umie . Abang Sabrina menyuruh Sabrina menempah keknya kat Wak Sabariah . So , Sabrina tempah lah kat dia . Selepas dah dapat keknya , gambar di atas itu lah rupa kek strawberi yang kami beri kat umie . Agak sedap lah jugak kek nya .
           Keknya agak sedap dan dihiasi dengan cantikkan . Harganya pun boleh tahan . Tak mahal sangat dan tak murah sangat . Sederhana saja .
           Walau apa pun , Selamat Hari Lahir kepada umie yang Sabrina sayang . Happy Birthday Umie . I Love you . :)

Thursday, March 3, 2011

hari jadi umie :)

Hanya tinggal beberapa hari lagi sebelum tibanya hari lahir umie .
Sabrina tak tahulah nak beli hadiah apa untuk umie .
Tengok jelah nanti .
Sabrina akan beri hadiah special untuk umie Sabrina yang tersayang .
hehe :)
Inilah dia umie yang telah membesarkan , mendidik ,memberi kasih sayang dan banyak lagi lah kepada Sabrina empat beradik .
Sabrina sayang sangat-sangat kat umie Sabrina ini .
Walaupun kadang-kadang Sabrina degil dengan dia , tapi dia still faham dengan perangai Sabrina ni .
Degil-degil manja katakan .
haha :)
So , Sabrina sebagai wakil adik-beradik akan memberi hadiah yang special kepada umie yang tak dapat umie lupakan .
hehe :)
umie cuma perlu tunggu dan lihat sahaja .
Walau apa-apa pun , Selamat Hari Jadi kepada umie . :)

cinta itu buta



Awak ,
saya sayang kat awak sangat-sangat . Awak adalah insan yang paling sesuai untuk saya . Hati saya tak terbuka untuk mencintai orang lain selain awak . Cukuplah sebelum ini , saya mencintai seseorang itu tapi hubungan kami tak berkekalan . Saya mendapati bahawa dia ada perempuan simpanan yang pada mulanya saya tak tahu . Dia sanggup menipu saya .
Saya harap sangat awak jangan jadi macam pakwe saya yang sebelum ini . Dahlah penipu , main kayu tiga pula tu . Hanya Allah sahaja yang dapat membalas semua perbuatannya yang dilakukan terhadap diri saya ini .
Bak kata orang , cinta itu kan buta . So , ia tidak kira sama ada dari segi umur ataupun apa-apa sahaja . Jika hati dua orang ini sudah suka sama suka , maka ia boleh menjadi ikatan kekasih . Ia sama seperti kisah saya dan awak .
Awak dan saya .

Saturday, February 19, 2011

perangai gedik ??

Sabrina tak fahamlah kenapa budak perempuan zaman sekarang suka sangat dengan perangai gedik .
Best sangat ke berperangai gedik ?
Setahu Sabrina , ramai orang akan sakit mata atau tak berapa suka sangat dengan perangai gedik ni  .
Bak kata orang , ramai orang benci akan perangai gedik tuh .
Sabrina tak tahulah .
Sabrina cuma minta pendapat korang aja .
Sabrina tak ada niat pun nak kata perangai gedik itu salah .
Tak ada .
Cuma , makin lama makin ramai perempuan gedik yang ada kat dunia .
Pelik sungguh .
Tak pelah .
Tak payahlah ambil tahu sangat tentang hal ni .
Bukan penting pun .
Baik tumpukan pada pembelajaran .
Lagi mendatangkan banyak faedah .
Ujian pun dah nak dekat .
So , sekarang ni dah tak payah nak fikir benda lain lagi .
Sekarang kerja Sabrina hanya perlu studyhard .

Friday, February 11, 2011

sama ke??

Assalaimualaikum 
Sabrina nak minta pendapat daripada korang semua .
Kalau nak beri pendapat tu , komen-komen la ya .
POST KOMEN tu memang mempersilakan korang semua untuk komen apa-apa aja .
Ok , soalan nye berbunyi begini . 
Adakah muka Sabrina ini sama macam muka Kak Rafidah yang kat sebelah gambar Sabrina ini ?
Hampir semua orang cakap yang muka Sabrina sama dengan muka dia .
Tapi , muka Sabrina hitam manis sedikit .
Muka dia putih .
Gaya pemakaian tudung dah sama dah .
Lagi , apa yang sama antara kitorang nie .
Kalau ada cerita "Epilog Syurga Cinta" , msti semua akan cakap "eh,tu Syasya ke?muka sebijik giler" .
Sabrina tertanya-tanya jugak dalam hati Sabrina ini .
Betul ke muka Sabrina sama seperti muka Kak Rafidah ini ?
Sabrina pun tak tahulah betul atau tak .

Monday, January 31, 2011

first time jadi flower girl :)

Assalaimualaikum...
Pada 09.11.2010  iaitu time cuti sekolah , Sabrina sekeluarga telah melancong ke PONOROGO,INDONESIA .
So,Sabrina nak ceritakan serba sedikit lah tentang pengalaman Sabrina melancong ke negara orang .
Kami pergi selama seminggu .
Kami rasa seminggu macam sehari .
Rasa terlalu sekejap sangat .
Sabrina tak puas lagi nak jumpa saudara-mara yang kat Indonesia dan meluangkan masa untuk mereka .
Tapi , apakan daya , Sabrina terpaksa tunggu Setahun lagi untuk melancong ke Indonesia lagi .
Kitorang menginap kat rumah mereka . 
Di samping itu jugak , ada majlis perkahwinan kat Indonesia .
Saudara-mara kat sana semua memilih Sabrina supaya jadi "flower girl" .
Sabrina pun tak tahu kenapa mereka suruh Sabrina jadi flower girl .
Macam budak kecik lah pulak aku rasa .
hehe :)
Gambar di bawah ini adalah gambar Sabrina selepas di make-up kan untuk jadi flower girl .
Lawa tak?

        

Sunday, January 30, 2011

rahsia bulan kelahiran :)

                                Assalaimualaikum .
Sabrina lahir pada bulan Januari .
Mengikut kajian , di bawah ni adalah rahsia bulan kelahiran Sabrina :
1. Bercita-cita tinggi dan orangnya serius , suka mendidik dan dididik .
2. Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik .
3. Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan .
4. Suka pada kecantikan , kekemasan dan teratur .
5. Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam .
6. Pandai mengambil hati orang lain .
7. Pendiam kecuali telah dirangsang .
8. Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi .
9. Mudah mendisiplinkan diri sendiri .
10. Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema .
11. Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya .
12. Cukup sayang pada kanak-kanak .
13. Suka duduk di rumah .
14. Setia pada segala-galanya .

please take my heart :)

happy giler tadi :D

            Assalaimualaikum kepada pembaca blog aku ni . Hari ni aku rasa happy giler sebab satu hari aku menghabiskan masa aku dengan mereleasekan tension aku ni . Memang hilanglah rasa tension aku ni . Aku tak payah susah jaga Rizqeen kat rumah .
            Aku memang happy giler .
            Hanif Hazim : terima kasih kerana buat saya gembira dengan perlakuan awak sebentar tadi kat Banting . Saya memang cukup teruja dan happy . Awak janganlah jelous sangat yang pasal tadi tu . Saya takkan suka kat Fikri lah . Dia pun dah ada makwe kan . Saya tak suka nak kacau perhubungan orang lain . Saya akan jaga perhubungan kita sampai kita kahwin ya . Insyallah . hehe :)
            Amirul Fikri : Weyh , aku sebenarnya jelous doe tengok ko yang hebat main boling . Tolonglah ajarkan aku dan Hanif Hazim teknik-teknik bermain boling yang betul . Aku nak sangat dapatkan "strike" macam ko tadi . Please weyh!!!!!! . Aku perlukan bantuan daripada ko . Janganlah kedekut ilmu . Kongsi lah sikit dengan kitorang .

Saturday, January 29, 2011

nak keluar jalan-jalan :)

            Hari ni nak keluar jalan-jalan pergi Banting bersama cousin dan kakak sedara aku . Tapi , aku tak tahulah samada jadi atau tak . Dorang semua tengah dibuai lena . Masing-masing belum bangun daripada tidur lagi . Kalau macam ni , kitorang nak pergi pukul berapa . Janjinya pukul 10.00 pagi . Tapi , masing-masing belum bangun . Masalah betul lah .
           Lagi satu masalah datang . Kenapa dengan Hanif ni? Aku tak tahulah . Pagi-pagi je dah marah aku . Aku pun tak tahu pasal apa .

sedih :'(

Sabrina sedih sangat sebab mak dan ayah Sabrina tak beri duit .
Esok Sabrina nak pergi main boling dengan sepupu Sabrina .
Sabrina teringin sangat nak main boling .
Tolonglah bagi peluang kat Sabrina untuk main boling .
Bukan selalu pun Sabrina dapat pergi main boling .
Hanya sekali setahun saja .
Kadang-kadang tak main pun .
Sebenarnya dah lama sangat Sabrina nak main boling .
Harap-harap , tahun ni Sabrina dapat main lah .
            "YA ALLAH , TOLONGLAH HAMBAMU INI . HAMBAMU INI MEMERLUKAN PERTOLONGAN DARIPADA ENGKAU , YA ALLAH ."
Sabrina bukan nak kata umie dan ayah Sabrina kedekut .
Tapi , tolonglah bagi duit sikit kat Sabrina .
Sabrina nak juga duit sikit .
RM20 jadilah .
Sabrina terima dengan seikhlasnya .

Friday, January 28, 2011

minta maaf sangat-sangat :(

Assalaimualaikum..
kepada semua sahabat yang Sabrina kenal korang sebelum ni...
Sebelum tu , Sabrina nak mintak maaf sangat-sangat kat korang kalau Sabrina ada buat salah silap . Terutamanya , kepada insan yang aku sayang my mother , my father , my brother , my younger brother .
Korang mesti pelik kan kenapa tiba-tiba je Sabrina mintak maaf kat korang .
Mestilah ada sebab tertentu .
Hanya Sabrina sorang je yang tahu tentang sebabnya .
Korang hanya beri jawapannya sahaja samada korang maafkan atau tak . okey? .
Sabrina takkan bagitahu sesiapa pun apa sebabnya .
Kata orang , biarlah rahsia .
Nurul Zulaikha binti Zulkifli :
I miss you so much .
Ko kat Negeri Sembilan , janganlah lupakan aku ya .
Aku rindu ko sangat-sangat .
Jangan lupa call or text aku bila ko dah balik Selangor taw .
Aku nak akulah orang yang pertama tahu ko dah balik Selangor . hehe :)

dia terlalu istimewa bagi aku :)

Kau tatap gambar wajahmu ,
Sinar mata itu ,
Lirik senyumanmu ,
Pesona yang membelai ,
Wajahmu bercahaya ,
Memberi bahagia ,
Tiap yang memandang ,
Hati jadi salju .

(korus)
Kau terlalu istimewa ,
Kasih dan sayangmu terpancar ,
Seikhlas tiada batasan ,
Terus membara ,
Terkilan rasa jiwa ,
Ingin ku lihat mu dewasa ,
Apa daya ,
Tuhan lebih menyayangimu .

Ku pasti kau berbahagia ,
Duduk di sampingnya ,
Mendengar cerita ,
Sekadar rahsia .

(ulang korus)

Tak tertanggung rindu....
Mendengar suaramu...
Tawa mengusik jiwa...
Oh..

(ulang korus)

puas hati :)

Sekarang ini , baru Sabrina rasa puas hati .
Satu masalah telah Sabrina settlekan tadi .
Kurang lah sikit keserabutan kepala Sabrina ni .
Kalau sebelum ni , Sabrina sampai tak boleh fokus time belajar .
Asyik memikirkan masalah-masalah yang Sabrina hadapinya .
Alhamdulillah , sekarang dah lega sedikit hati Sabrina ni .
So , sekarang Sabrina try tak nak fikirkan lagi segala masalah yang datang kat diri Sabrina ni .
Sabrina nak fokus semasa belajar kerana tak lama lagi dah nak ujian pertama .
Kalau Sabrina teruskan berfikir , alamatnya nanti makin menjadi-jadi pulak .
Malas Sabrina nak fikirkan lagi .
Baik Sabrina diam dan berterus-terang sahaja .
Lagi lega . 
Online pun dah tak boleh selalu .
Nanti mesti kena dengar leteran daripada umie .
Tapi , memang best la dengar leteran umie Sabrina .
Sabrina suka sangat .
Selalu semua orang tak suka dengar leteran daripada ibu sendiri kan .
Tapi , Sabrina lain sikit .
Sabrina suka sangat .
Sabrina anggap leteran itu seumpama satu nasihat dan pengajaran kepada orang yang ingin mengambil peperiksaan seperti Sabrina ni .
Sabrina memang patut dengar leteran umie tu .
Selalunya , leteran mak kita sendiri tu boleh mengusung kita ke arah jalan kebaikan .
Betul tak? hehe :)

Tuesday, January 25, 2011

semangat datang kembali :)

Tak lama lagi hari sukan datang kembali di sekolah .
Kat sekolah , aku masuk acara lari baton , lontar peluru , perbarisan .
Semangat aku ni datang tak pernah berhenti .
Aku tahu apa sebabnya .
Sebabnya dia suruh aku buat yang terbaik dan dapatkan apa yang aku nak .
Itu je kot sebabnya .
Allah , rasa tak sabar lah pula nak tunggu hari sukan .
Kali ini , aku nak cuba buat yang terbaik .
Tak nak malukan nama rumah sendiri .
Nanti semua gelakkan or ejek .
Jatuh pulak nama rumah hijau .
Hijau terbaik wokkkk!!!!!!!!...
Hijau bagaikan harimau yang sedang mengaum mencari makanan .
Jaga kau semua rumah sukan , rumah hijau akan bangkit .
Walaupun korang pandang rendah terhadap rumah hijau ni , tapi aku dan semua murid hijau akan berusaha dan memenangi tempat pertama .
Korang tunggu dan lihat sahaja .
Hijau the best , terbaik wokkk , good team!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! go hijau go hijau...
cayok cayok cayok ...
buuuuuuuu kepada rumah sukan lain...
GO HIJAU GO GO GO!!!!!!

Thursday, January 20, 2011

ciri-ciri lelaki idaman aku

Assalaimualakum..
Dalam hidup seseorang manusia itu , mestilah ada ciri-ciri girl / boy yang disukainya untuk dijadikan wife / husband  .
Sabrina pun ada juga .
Lelaki itu mestilah :
                                        
                                         1.setia pada Sabrina .
                                  2.jujur dalam apa jua keadaan .
                            3 .boleh pimpin Sabrina ke arah yang betul .
                             4.paling penting sayang akan diri Sabrina .
                                 5.menghormati kedua orang tuanya .
                  
Itu sahaja yang Sabrina mahukan .
Hope Sabrina akan menjumpai lelaki yang sebegitu . :)
Sabrina suka lelaki yang ada ciri-ciri yang aku sertakan kat atas itu . Kalau aku dapat orang macam itu , memang best giler lah . Insyallah hubungan kita akan kekal selamanya . Insyallah .
                                             

wanita solehah

                                     Lembutmu tak bererti ,
                                     Kau mudah dijual beli ,
                                     Kau mampu menyaingi ,
                                     Lelaki dalam berbakti .
              
                                     Lembut bukan hiasan ,
                                     Bukan jua kebanggaan ,
                                     Tapi kau sayap kiri ,
                                     Pada suami yang sejati .
 
                                     Di sebalik bersih wajahmu ,
                                     Di sebalik tabir dirimu ,
                                     Ada rahsia Agung ,
                                     Tersembunyi dalam diri ,
                                     Itulah sekeping hati ,
                                     Yang takut pada Ilahi .

update blog baru

Yeah-yeah!!!!
Sabrina dah update blog baru dah .
Cayalah .
Blog yang selama ini Sabrina guna , hanya untuk sementara sahaja .
Lagipun , blog yang lama hanya menyakitkan hati je .
Sekarang ni , Sabrina akan still gunakan blog baru Sabrina ini .
Tapi , lama kut nak mengubahsuaikan Sabrina punya blog yang baru nie .
Sabrina bukannya banyak masa sangat pun nak update dan ubah suaikan blog ni .
Kalau Sabrina ada masa nanti , Sabrina akan update dan ubau suaikan blog nie .
Korang tunggu ye .
Kira susah lah jugak nak buat kerja nie .
Orang yang dah pakar tentang blog ni , memang lah akan cakap senang .       
Sabrina dah nekad Sabrina akan tinggalkan blog Sabrina yang lama dan menjejaki blog Sabrina yang baru nie .
JUST WAIT AND SEE ONLY .